Saturday, 9 August 2014

Ayam Black Pepper


assalamualaikum..

insya Allah... hari ni saya akan share kan satu lagi resepi untuk readers semua... 


Bahan-bahan ( untuk 5 orang)

5 ketul Ayam 
6 ulas bawag merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - dihiris
1 sudu lada hitam ((kalau nak guna sos lada hitam pun ok))
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (xder pun x pe. )
garam & gula.
minyak untuk memasak.

bahan-bahan perap ayam

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam 

cara-cara 

1. Perap ayam selama 30 minit. kemudian digoreng/ panggang hingga masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam hingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram , kicap manis dan air. kacau hingga sekata.
4. Masukkan ayam dan gaul sekata.
5. Masukkan garam dan gula , gaul sekata.
6. Sedia untuk dihidangkan.

selamat mencuba.....

-ainahamdan-

No comments:

Post a Comment