Tuesday 29 October 2013

Buah Kiwi ( my favorite Fruit )


SIAPA SUKA MAKAN BUAH KIWI????

ERM... bagi yang belum pernah rasa atau takut nak try buah kiwi ni....
u all should try rasa this fruit. bukan ape...
saye masa mula2 dulu pun macam seriau jugak nak makan buah ni.
tapi sekali makan, ya Allah... sedap nye...
memang x dinafikan buah yang isinye berwarna hijau ini nampak macam x sedap.
that is y pepatah orang puteh cakap "dont judge book by its cover" sebab isinye... yummmy!
marvelous tau..

ok jom tengok apekah khasiat buah kiwi ni,

1) padat dengan khasiat nutrisi dan menduduki tempat teratas di dalam model kepadatan nutrisi buah-buahan

2) sesuai untuk orang yang nak diet.

3) buah kiwi hijau dan kuning Zespri menyediakan banyak antaranya meningkatkan tahap imunisasi semula jadi dalam badan selain bertindak balas dengan cepat terhadap selsema dan penyakit lain. 

4)vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.

5)elok untuk wanita hamil sebab buah ini mengandungi asid folik

6)Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung. 

7)Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.

8)Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi.



nak tahu lebih lanjut tentang buah kiwi ni?

rajin2 ler search kat pakcik google ye... hehehe

anyway... u all should try this fruit, n i know u all will love it.

- aina hamdan -



No comments:

Post a Comment